Thursday, March 24, 2011

Dari Yayasan Tunku Abdul Rahman untuk anda

Salam Sayang.

Saya merasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan anda semua. Ingatlah, rezeki takkan datang dengan mudah kalau kita tak cari.

Yayasan TAR peruntuk RM540,000 bantu penuntut miskin

KUALA LUMPUR 10 Mac - Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) memperuntukkan RM540,000 di bawah Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman untuk penuntut miskin yang memulakan pengajian 2011/2012 di institut pengajian tinggi awam di seluruh negara, September ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, yayasan itu memperuntukkan bantuan RM250 sebulan kepada penuntut miskin tanpa mengira tahap pencapaian akademik mereka.

Pihak universiti akan mengenal pasti penuntut miskin yang layak menerima bantuan itu, dan akan menghantar senarai nama kepada pihak yayasan untuk tindakan selanjutnya, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pingat emas Tunku Abdul Rahman dan wang tunai RM5,000 kepada pelajar cemerlang Danial Abdul Rahman.

Danial, 24, penerima biasiswa yayasan itu adalah pelajar terbaik Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan sepanjang pengajian peringkat Sarjana Muda, beliau aktif dalam ko-kurikulum.

Mohamed Khaled berkata untuk permulaan, kira-kira 200 penuntut akan mendapat manfaat daripada bantuan itu. - Bernama

Oleh demikian, bagi mereka yang memerlukan,

ambil peluang ini. Rezeki takkan datang bergolek.


Tuesday, March 22, 2011

Sesudah Sawang dibersihkan

Salam Sayang.

Sesudah Sawang dibersihkan.

Wow...lama, memang lama tak update! Mujur ingat lagi password nak buka laman blog ni.
Banyak, terlalu banyak perkara yang baru saya belajar sebulan dua ini. Tak kering gusi ketawa, tak kering mata menangis. Blog je yang berhabuk. Fuhh~

Here, some updates :
  1. Tunku Abd Rahman's Birthday Luncheon & YTAR's Gold Award Giving Ceremony at Hilton Hotel, KL.
Beberapa keping gambar yang diambil oleh rakan saya, juga seorang Tunku Scholar,Rhenita Heng.
  • Gambar pertama : Huhu, amatlah besar sekali bunga yang kena pakai oleh setiap Tunku Scholar yang hadir pada majlis itu. A type of recognation kot. Hehe
  • Gambar kedua : Tunku Scholars yang hadir. Ambil gambar setelah makan besar & sebelum balik.
  • Gambar ketiga : YAB Dato' Khaled Nordin sampaikan gold medal kat senior, one of Tunku Scholars. Danial A. Rahman.
  • Gambar keempat : Danial & Ketua Eksekutif YTAR, YB Dr. Tengku Abd Aziz.


2. Kehadiran KIKI & LALA dalam hidup saya.

Hoho...amatlah menggembirakan saya. Pemberian yang tidak ternilai dari seorang kawan yg amat saya sayangi. Saya tak sempat ber "photoshoot" dengan mereka lagi. Mungkin hujung minggu ini, setelah habis semua tugasan, saya akan update gambar mereka. Oh Kiki & Lala, saya sayang kamu berdua.

Beberapa gambar yang membuatkan saya bertambah sayang dengan Kiki & Lala ketika saya melihatnya :





Cara-cara mengenali kura-kura

Kiki = Kura-kura jantan
Lala = Kura-kura betina



Sejak saya bela kura-kura ni, banyak yang saya belajar.
  • Biar lambat, asalkan selamat. bermaksud : Biar buat assignment lambat pon, tapi betul semuanya. Biar presentation habis lewat pun, asal saya faham dan ingat sentiasa.
  • Tak semestinya yang lambat itu kalah. Sama juga dalam pelajaran. Yang penting usaha dan kesungguhan yang tinggi.
  • Arnab dan kura-kura sama, masing-masing ada kelemahan & kelebihan. Begitu juga dengan diri kita yang bergelar manusia.

Sekian dari saya untuk hari ini. Belajarlah dari setiap saat dalam kehidupan.

Sheika Syuhada
Tunku Scholar

Wednesday, January 12, 2011

Tanpa Cuba Melangkah Tak Kemana

Salam Cinta buat semua
menulis bukan kerana nama

Semua sudah besar. Tapi bukan bermakna semua sudah matang. Semua telah dewasa. Tapi tak bermaksud semua mampu faham.

Entri saya kali ini berkisarkan pengalaman & pandangan. Betapa seorang manusia itu perlu betul-betul matang dalam melakukan sesuatu. Mode: perkongsian pendapat.

Jika yang hadir dalam fikiran kita ialah cita-cita, jangan teragak-agak & malu untuk terus melaksanakan. Opps...tapi dengan satu syarat. DIBENARKAN HANYALAH JIKA TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARI'AT AGAMA.

Saya berpegang kepada frasa ini selama ini. KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? Ya, lihat sendiri,kalau bukan kita yang usaha untuk kejayaan diri kita, siapa lagi? Rezeki takkan jatuh dari langit macam itu saja. At least, kita berdoa, kita usaha & kemudian baru tawakkal.

Bukan senang perjalanan sebuah usaha. Saya sendiri, terlalu banyak air mata yang jatuh. Berperang dengan diri sendiri, itu yang paling memenatkan. Jihad juga bukan? Berlawan dengan nafsu sendiri: nafsu MALAS.

Yang saya katakan kena matang dalam segala hal, mesti juga harus ada kefahaman. Kalau kita malas, tanpa usaha, kita gagal dan tidak mampu mendapat kejayaan seperti orang lain atas sebab kita MALAS, jadi, faham-faham sendiri. Dia berjaya atas usaha kuat dia. Kita gagal atas kemalasan konkrit kita. Jadi, buat apa saling mendengki? Iri hati? Hasad dengki?

Sebab itu saya kata, kalau bukan kita, siapa lagi? Siapa lagi mampu ubah diri kita kalau bukan diri kita sendiri. Alasan tidak mampu melangkah seorang? Ayuh, pergilah melangkah dengan mereka-mereka yang ada usaha. Kelak insyaAllah, akan terkena tempias kejayaan mereka. Atau mungkin kita akan lebih baik dari mereka? Who knows the best? Allahu a'lam. Dan Allah juga pencatur kejayaan. Tanpa izin Nya, kita tak kan mampu berbuat apa-apa. Usaha. Allah pasti pandang kita.


Orang Muslim Yang Kuat Lebih Disayangi Allah, bukan begitu?

Ada juga antara kita, telah terlalu lama berusaha, meski, tiada kejayaan yang datang. JANGAN PERNAH PUTUS ASA. Mana tahu, Allah ada menjanjikan yang lebih baik. Atau mungkin belum sampai masa rezeki itu datang. Yang penting, JANGAN BERHENTI USAHA.Kita mungkin sudah terlalu hampir dengan puncak kejayaan itu. Mungkin juga pendakian usaha kita selama ini akan membuahkan hasil. Siapa tahu? Hari ini? Esok? Lusa? Jadi, usaha lah. Percaya kata saya, TANPA CUBA MELANGKAH TAK KEMANA.

Inpirasi Saya:-

Standing in the eyes of the world

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya

Engkau terunggul

Wajar"Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Semoga kita terus kuat
BERSAMA,

Sheika Syuhada
T
unku Scholar

Thursday, January 6, 2011

Biasiswa KPM: Inikah Kehidupan??

Salam buat semua.

Panas hati sedang membahang.
Grrrr...

Apa kita boleh panggil ini kehidupan kalau tidak ada nilai adil? Sama rata, sama-sama rasa? Saya memandang ini dengan serius. Cukai, semua orang bayar cukai. Ibu bapa awak bayar, ibu bapa saya pun bayar, ibu bapa kami pun bayar. Tapi biasiswa? Awak ada peluang untuk mohon? Kami?

Entri saya kali ini bukan berpihak atau mewakilkan diri saya. Tapi seikhlasnya menyuarakan rasa rakan-rakan seperjuangan saya di Kuliyyah Pendidikan UIAM ini.

Dahulu: Biasiswa KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) dibekukan sementara ketika intake batch kami. Semua merungut. Tapi masih ada nilai toleransi. Kita pakai PTPTN dulu la ye, nanti dah buka KPM, kita apply.

Maka: Beraturlah kami macam anak ayam, kelam kabut uruskan hal ehwal PTPTN. Segelintir kami tetap menghadapi masalah dengan pihak PTPTN.

Kini: Lihat sendiri diskriminasi ini. Lazimlah untuk dapatkan tempat penerima biasiswa, akan ada persaingan yang amat-amat sengit. Saya sendiri pernah merasakan peritnya berjuang mendapat tempat itu. Meski bukan dibawah KPM, persaingan untuk bergelar Tunku Scholar di bawah biasiswa Tunku Abdul Rahman amatlah menguji. Bukan senang-senang orang mahu taja kita. But, at least, kita diberikan peluang untuk apply, untuk hantar borang, untuk berharap, untuk hadir interview. Dan YANG PALING PENTING, kita diberikan peluang untuk merasa habuan biasiswa itu sama-rata!!!

Ya, betul. Ini tanda saya protes. Bukan sahaja kawan-kawan saya tidak diberi peluang untuk merasa habuan biasiswa KPM, malah untuk apply pun tidak boleh!!! Apa ini adil? Apa ini integriti dan telus dalam pembahagian hak & peluang? Saya terpanggil untuk menjelaskan lagi masalah ini.

Kami masih bergelar pelajar. Semua maklum, kami fi sabillillah. Kami menuntut ilmu dijalan Allah. Dalam mencapai redha Nya. Tak kiralah apa jua jurusan yang kita ambil, tujuan kita sama, Mardhotillah. Jadi, apa perlunya diskriminasi ini? Apa yang membezakan kita semua? Peluang pekerjaan kelak??

Nah, saya masih boleh jelaskan. Di UIAM Gombak, berbumbungkan SATU atap iaitu INSTED (Institue of Education) terdapat empat cabang jurusan dalam perguruan:-
  1. Teaching Arabic as a second language (TAASL)
  2. Teaching English as a second language (TESL)
  3. Islamic Education (ISED)
  4. Guide & Counseling
Meskipun berbumbungkan satu atap, peluang memohon biasiswa bukan semua boleh rasa!Nah, saya lampirkan alamat website untuk anda lihat, syarat-syarat khas dan HANYA JURUSAN TERTENTU boleh mohon.

http://apps.moe.gov.my/ijazah1/syarat.cfm

Jadi, sudah jelas, di UIAM ini, hanyalah pelajar jurusan TESL sahaja yang boleh memohon. Kenapa begini? Mana hak kami? Jurusan bertiga yang tinggal, bagaimana kami nak dapatkan tempat sebagai penerima biasiswa KPM 2011? Jawapan: MAAF, ANDA TIDAK DITAWARKAN. Habis, kami bukan pelajar sarjana muda PENDIDIKAN? Nama biasiwa pun sudah boleh jelaskan sebenarnya, BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.Semua boleh mohon sepatutnya. Layak atau tidak belakang kira.

Jadi,apa alasan anda sebab menutup laluan permohonan kami?? :-
  • Bugdet tidak cukup?
Kalaupun budget tidak mencukupi, kami masih boleh faham. Jadi perketatkan syarat-syarat permohonan. Tapi bukan dengan menutup laluan kami! Duit yang sedikit itu harus sama-sama rasa. Harus semua jurusan boleh apply. Bukan TESL sahaja!
  • Peluang Pekerjaan, Permintaan bidang yang tinggi??
Habis, jurusan yang lain tidak ada peluang pekerjaan yang tinggi? Tidak marketable? kalau begitu, buat apa wujudkan jurusan yang lain? Contoh seperti saya, pelajar Pendidikan UIAM, Majoring TAASL, minoring ISED. Orang macam kamilah yang lebih diperlukan masyarakat sebenarnya. Kami belajar bahasa Al-Quran, kami belajar agama Allah. Dan orang macam kamilah yang diperlukan untuk memperbaiki mutu akhlak & sosial generasi kini dan masa depan. Sedang kita semua tahu, kualiti akhlak & adab jatuh merudum. Kefahaman kami tentang suruhan & larangan Allah yang diturunkan dalam bahasa Arab seharusnya disebarkan secara meluas dalam masyarakat & remaja disekolah. Justeru, peluang pekerjaan kami yang lebih tinggi sebenarnya. Siapa yang akan mengajar ilmu fardhu ain & fardhu kifayah disekolah kalau bukan ustaz & ustazah? Siapa yang akan beri kefahaman ayat-ayat Al-Quran kepada mereka dengan jelas sedangkan ia turun dari Allah dalam bahasa Arab? Dan jangan labelkan kami lemah dalam bahasa Inggeris. Anda lihat kebolehan kami dalam berbahasa Inggeris & kefahaman kami dalam bahasa itu. Lihat pula kefahaman anda & kebolehan anda berkata dalam bahasa Arab. Kita semua marketable sebenarnya. Berdaya saing itu perlu, apatah lagi untuk kebaikkan, lebih digalakkan. Tetapi, DISKRIMINASI yang harus & wajib kita semua elakkan.

Saya mungkin baru setahun jagung dalam arena pendidikan ini, namun saya bertekad menyerahkan seluruh jiwa raga & diri saya untuk berkhidmat dalam bidang pekerjaan yang paling mulia ini. Tidak mengharapkan balasan apatah lagi ganjaran duniawi, tetapi keadilan yang kami cari.

Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya adalah maksud kepada ZALIM. Maka benarlah, tidak akan ada neraca yang paling adil didalam dunia ini melainkan neraca Al-Mizan didunia sana kelak.

Meskipun saya terlepas daripada dsikriminasi keadaan ini kerana saya tidak perlu untuk memohon biasiswa KPM, tetapi rasa geram dan marah ini tetap ada buat kawan-kawan seperjuangan saya yang dibelenggu keadaan hitam ini. Melihat harapan mereka dihalang, saya sangat-sangat rasa geram. Melihat ada seorang dua yang mengeluh, saya cukup-cukup kecewa. Melihat ada segugus dua air mata yang jatuh, saya lesu & hampa.

Kawan-kawan, saya masih ada bahu untuk dipinjamkan. Anda masih ada saya untuk meminta pertolongan. Semoga kita sama-sama mencapai ganjaran yang SATU: MARDHOTILLAH.


Norsheika Syuhada Abd Karim

Tunku Scholar

Thursday, December 9, 2010

Susah, Senang, Duka & Tawa

Assalamualaikum WBT


Salam Sayang Buat Semua
Sedang Mengumpul Semangat Untuk Perjuangan Baru di UIA

  • Duka & Tawa
Cuti berbaki 3 hari sahaja lagi. Kemudian, semester baru bermula di UIA. Belum puas rasanya bercuti. Namun, untuk berjaya, pengorbanan itu perlu. Berbekalkan semangat yang masih bersisa ini, saya tekad, tidak mahu kalah dengan perasaan, mahu kembali ke UIA untuk semester yang seterusnya.

Sepanjang cuti antara semester selama sebulan ini (8 November - 11 Disember), saya hebat diuji. Demam saya seminggu. Batuk kuat dan selesema, 2-3 minggu. Sudah dua kali saya ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi ditemani ayah. Berbeza-beza ubat yang doktor bekalkan. Semua saya telan. Meski, sakit tak juga kebah.


Biasanya jika saya berada di UIA, supplement saya cukup. Vitamin B complex, Vitamin C & Scott Emulsion semua saya telan setiap pagi sebelum ke kelas. Namun secara kebetulan, kesemua supplement saya habis ketika musim exam lagi. Saya balik bercuti tanpa supplement. Jumpa doktor pun masih kena pesan ambil supplement itu untuk antibodi yang kuat.

Sedih rasanya bila antibodi badan ini mudah lemah. Kalau di CFS Nilai dulu, kawan saya, Aisyah Saleh & Hazirah Sulaiman, sudah faham benar dengan keadaan diri ini. Ini diakui mereka, beberapa titis hujan saja sudah cukup untuk membuatkan saya demam. Alhamdulillah, dengan takdir Allah, bilik saya juga hanyalah terletak setingkat saja dari klinik UIA.

Pernah dengar tak....

Allah turunkan hujan dan hilangkan matahari kerana Dia mahu beri kita semua pelangi yang cantik sesudah berhentinya hujan itu.

Jelas sekali, selepas hujan dan mendung saya yang panjang itu, saya telah dapat hadiah saya. Allah kurniakan saya sebuah "pelangi" yang cantik sekali.

Setelah berlelah berjuang menuntut ilmu Allah untuk semester lepas, sekali lagi, saya dapat berikan hadiah yang paling indah buat ibu & ayah saya.

Terima Kasih Ya Allah diatas kurniaan & rezeki dariMu ini.

Sebuah lagi hadiah yang sangat-sangat membuatkan saya terus bersemangat, A.B.S.A.B.
Kehadiranya sangat membahagiakan. Dia adalah Kekuatan, Cinta, Semangat, Kehidupan, Keindahan dan Kebahagiaan buat saya. Terima Kasih Ya Allah atas anugerah ini.


Mencipta tidak mudah
Memelihara lagi tidak mudah
Bersemangatlah Sheika Syuhada

Masih luas perjalanan dihadapan