Salam Rindu Penuh Cinta
*tatkala kanvas putih ini telah lama saya tinggalkan
Misi saya cukup jelas. Misi untuk mematangkan diri. Selama 20 tahun berhidup, telah banyak masa yang saya sia-siakan. Dan saya akui telah banyak kali juga saya tangisi kekecewaan. Hidup yang Allah pinjamkan bukan lama untuk saya meratapi semua sengsara. Demikian, 20 tahun berhidup ini banyak mengajar saya.
10.10.10 yang bakal hadir membawa paradigma yang besar buat saya. Melangkah sebagai seorang dewasa berumur 21 tahun, saya bakal mendepani cabaran yang lebih hebat. Saya juga bakal memikul beban tanggungjawab yang lebih berat. Melalui analisa saya selama ini, saya tidak akan kalah lagi jika saya banyak bersabar. Saya tidak akan lemah lagi jika saya letakkan diri saya sebagai insan yang masih perlu banyak belajar dari kesilapan. Setiap hari adalah proses pembelajaran bagi saya. Dari sudut kebergantungan pula, jika selama ini saya bergantung pada keluarga, maka digarisan kedewasaan ini, saya mahu mereka semua bergantung kepada saya pula. Dan tempat bergantungnya saya hanyalah pada Dia, Allah Taala, Pemilik segala Kurnia.
Dikedewasaan saya ini, saya telahpun menghadiahkan diri saya dengan sebuah kamera DSLR. Bukan mahu memanjakan diri, tetapi dengan cara ini saya menghargai diri. Buat diri yang telah banyak berlelah berjuang, yang juga telah keletihan terjatuh dan hebat diuji, DSLR ini hadir sebagai penaik semangat. Saya akui, kadangkala diri sendiri juga harus dihargai sebelum kita menghargai perkara lain. Saya memilih untuk memiliki DSLR sesuai dengan padanan minat saya terhadap dunia photography. Saya juga berpendapat, DSLR milik saya ini bukti supaya dapat menangkap semua kecantikkan kejadian alam ciptaan Ilahi. Melalui cara ini, saya mampu mendidik diri saya untuk lebih menghargai ruang lingkup disekeliling saya.

Saya sedang bersiap-siap mengemas barang-barang yang perlu saya bawa ke First Meeting of Tunku Scholars di Hotel Malaya. Saya akan berangkat ke sana pada petang ini. Alhamdulillah, saya panjatkan selaut kesyukuran ke hadrat-Nya. Memberikan ruang ini untuk saya lebih mengenali potensi diri. Menjadi seorang dewasa dan sekaligus bergelar seorang Tunku Scholar, peluang ini adalah bonus bermakna buat saya. Melatih saya untuk lebih berjiwa rakyat. Melatih saya supaya hidup bermasyarakat meskipun persaingan antara kita semua hebat-hebat belaka.
Pemergian saya bukanlah lama. Dan sepanjang ketiadaan saya ini, saya mohon ampun jika ada antara anda semua yang tidak senang dengan saya. Saya mohon maaf atas semua salah silap saya selama anda mengenali saya. Yang mana hutang yang belum saya langsaikan, rujuk pada kedua ibu bapa saya. Ada sedikit wang yang saya tinggalkan. Mohon halalkan makan minum dan segala material yang saya terambil tanpa sedar. Saya mohon anda semua doakan yang baik-baik buat saya. Saya sayang anda semua.

*jalan ini yang dipilih
*maka risiko ini yang perlu ditanggung
*pergi bukan hilang
*pergi bukan lari
*sekadar untuk mendewasakan diri
*mencari fitrah insani
*membina teguh semua persepsi
*bertanamkan sebuah harga naluri
Norsheika Syuhada Abd Karim
Di ambang kedewasaan
*maka risiko ini yang perlu ditanggung
*pergi bukan hilang
*pergi bukan lari
*sekadar untuk mendewasakan diri
*mencari fitrah insani
*membina teguh semua persepsi
*bertanamkan sebuah harga naluri
Norsheika Syuhada Abd Karim
Di ambang kedewasaan

0 comment:
Post a Comment