Monday, September 20, 2010

Terus Berjuang

Salam semangat saya tiupkan

*memujuk diri untuk terus kuat berdiri

Saya mahu semangat saya pulang kembali. Saya mahu kekuatan saya tetap dihati. Saya mahu ubah semua tangis jadi tawa. Saya mahu cuba bertatih meskipun lumpuh. Ternyata kehidupan seorang Tunku Scholar bukan mudah sebenarnya. Perlu kuat. Perlu berani.

Saya diasak dengan beberapa tugasan pelajaran yang menuntut komitmen dari diri saya. Namun begitu, saya takkan bisa membiarkan diri saya lemah dan kalah. Seperti apa yang pernah saya tulis pada entry-entry yang lepas, cabaran inilah yang mewarnai hidup kita. Ia mematangkan kita pada hakikatnya.

Kehidupan perjuangan saya terbahagi kepada dua sekarang ini. Dua dunia ini menuntut saya supaya menjadi adil. UIAM dan Yayasan Tunku Abdul Rahman. Saya perlu seimbangkan usaha dan komitmen kerana dua-dua ini amanah yang penting bagi saya. Tidak mahu menjadi seperti peribahasa Melayu, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Saya akui, masih tercari-cari resepi sebenar kejayaan. Dan atas landasan apakah sebuah kejayaan itu mudah dibina. Saya berfikir lama dan saya sendiri melihat, persiapan yang lengkap amat penting bagi menyelesaikan seseuatu tugasan dengan cemerlang. Ya, persiapan yang lengkap.

Saya seorang yang sangat suka mencatat. Sekadar tidak mahu kalah dengan fenomena 'short term memory' saya mengambil langkah dan inisiatif sendiri. Saya punya sebuah buku kecil yang setiap hari saya catatkan tugasan-tugasan mahupun amalan rutin yang mahu saya lakukan. Malah, saya tulis setiap tugasan itu mengikut prioritinya. Yang paling penting dan utama dibelah atas dan kemudian seterusnya. Itu langkah persiapan saya yang pertama.

Saya mengambil sedikit tugasan-tugasan yang telah siap saya catitkan dalam buku kecil saya:
  1. 21 September : Midterm for Arabic Syntax 2
  2. 22 September : Presentation for Curriculum Instruction; Discovery Learning.
  3. 25 September : Presentation for Leadership and management; Innovation.
  4. 27 September : Presentation for Philosophy of Islamic Education; The Islamization of Knowledge.
  5. 28 September : Tasmi' for Tilawah
  6. 1 October : New information and new task from Yayasan Tunku Abdul Rahman.
Sekali lagi, kehidupan tanpa cabaran adalah sesuatu yang membosankan. Demikian saya memujuk diri agar terus kuat untuk harungi semua rintangan ini. Cabaran yang mendewasakan.

Dikesempatan masa yang saya ada ini, saya sempat meng'google' tempat yang telah dimaklumkan oleh pihak YTAR untuk aktiviti-aktiviti ketika first meeting of Tunku Scholars nanti.

Aturcara pogram yang bakal berlansung:

The Programme:


Friday 8 October 2010

6.30 PM. Registration at Hotel Malaya, Kuala Lumpur

Dinner

8 -10.30 Responsibilities of Tunku Scholars


Saturday 9 October 2010

6.30-8 AM Kuala Lumpur Downtown

8.30 Breakfast

10 – 1 PM Memorial Tunku Abdul Rahman

2 – 5.00 PM Lessons from the Memorial

8 – 10.30 Tunku Abdul Rahman


Sunday 10 October 2010
6.45 – 8 .00 AM: Physical Fitness
9.30 – 12.00: Tunku Abdul Rahman and You


Should check out by 2.00 p.m (after lunch).

The theme: YTM Tunku Abdul Rahman – the making of a leader.


Objectives:

(a) To know and understand the personal trials and
tribulations faced by a royal person in his "transformation" from
palace to servant of the people. Scholars should leave the two day
programme with an understanding of the person who became our first
Prime Minister, and be able to identify and enumerate his
achievements, as well as to spread the word to other unfortunate
students and family plus friends not invited to this special
programme.


(b) The meeting will also discuss very important issues regarding your responsibilities as Tunku Scholars. We will explain the details of the scholarship and how the allowances will be paid. Tunku Scholars have your own role to play in the disbursement of the monies.


(c) An important aspect of this meeting is an exploration of downtown KL by way of an early-morning walkabout.

(d) An intended outcome of this meeting is to forge strong personal relationships between each and everyone of you as a core group as well as a new addition to the Tunku Scholar extended family.


The venues:

(a) Hotel Malaya, Kuala Lumpur

(b) Memorial Tunku Abdul Rahman,

(c) Masjid Jamek – Jalan Tun H.S. Lee


Dan beberapa gambar yang sempat saya download dari google sebagai persediaan buat saya:





*Semoga Yang Lemah Menjadi Kuat
*Semoga Yang Gelisah Menjadi Tenang
*Semoga Hati Menjadi Tabah
*Semoga Semangat Menyala-nyala

Insya Allah, Dengan Izin-Nya

1 comment:

smile_starsz said...

go go chaiyok sheika syuhada..!
semoga terus kuat!
semoga terus tabah! jom berjuang =)

luv u!