Salam Sayang Penuh Cinta
Sedang Sebuah Rindu Terlakar Indah
Alhamdulillah, sahabat saya telah keluar dari ICU,
Dia kini ditempatkan di wad biasa, KPJ Kajang.
Sempat diberi kekuatan untuk terus hidup sebagai hamba-Nya di bumi Tuhan. Selautan syukur saya hamparkan. Sepanjang berhidup sebagai Tunku Scholar ini saya lebih kuat diuji. Saya harus akur, ini dugaan dilandasan kehidupan yang Allah telah caturkan buat saya. Malah saya mesti lebih kuat berusaha untuk mengubah nasib sendiri. Maka saya fahami, Dia jualah Pemilik Segala Kurnia.
Hendak mengeluh tidak betah. Hendak menangis telah lelah. Lalu pada Dia saya banyak mengadu. Kepadaa Dia saya serahkan ketentuan pembalasan. Saya sendiri lemas dengan asakkan manusia luar yang cuba menjatuhkan semangat saya. Maka sekali lagi saya sedar, Dia jua Maha Mengetahui. Maha Adil untuk memberi pembalasan yang sewajarnya.
Sedang saya menagih kasih dari Penciptanya Yang Maha Agung, hati saya disapa rindu. Lantas, saya terisak tangis umpama Si Kecil. Malu pada diri yang lemah. Tapi saya akui, kadangkala perkara seperti inilah yang kembalikan saya pada fitrah, lebih menghargai cinta dan rindu.
Saya mengesat saki-baki air mata. Lantas bangun meninggalkan duka. Tangkas mata saya menangkap sekeping gambar yang membuatkan saya kuat kembali. Sungguh! Hanya ini sahaja alasan yang terus membuatkan saya kuat.

Serta merta saya jadi kuat. Tangisan sudah reda dan tidak lansung kedengaran. Umpama ada hembusan semangat yang bertiup dari ibu dan ayah saya, meski kami jauh. Saya di UIA Gombak, mereka di Sepang. Hanya ikatan cinta dan kasih sayang yang membuatkan kami erat, bertaut sentiasa.
Saya merenung lama gambar itu. Banyak memori lama yang berputar tanpa dipaksa. Indah. Kena marah juga indah. Ada seribu hikmah yang berkisar antara kata-kata. Lantas, saya terkenangkan suasana pagi raya Aidilfitri yang lalu. Walaupun kurang dari sebulan sahaja lagi untuk saya menginjak 21 tahun, saya baru sedar yang rupanya...

Saya masih seorang bayi bagi mereka

Maka ingatan pada adik-adik juga pantas hadir dalam diri saya. Mengharapkan ikatan kekeluargaan yang dipinjamkan Allah ini berkekalan dilimpah bahagia. Sentiasa di bawah Rahmat-Nya. Dan saya memahat janji dalam hati sendiri, selagi saya punyai mereka, takkan saya sia-siakan mereka. Dan kerana ini sahajalah alasan yang membuatkan saya terus melangkah tanpa jemu. Rasa kuat walaupun sedang disakiti. Rasa diberi sokongan walau ada cuba yang menjatuhkan.
Benarlah, betapa berkatnya doa ibu dan ayah. Tiada tandingan yang dapat mengganti. Tiada harta yang dapat membeli. Meski sejalur cinta yang masih tinggal, selautan kasih masih tetap ada dari saya buat mereka.

1 comment:
salam'alayk.
umy pn rasa terharu skali tgk gambar ibu dan ayah yg peluk sheika.
mg sheika trus kuat.
kuat!
sheika dr dlu mmg kuat, skang, i'Allah dgn ujian,
akn mnjdkan sheika lbh kuat.
amin.
:)
Post a Comment