Salam Sayang & Rindu buat semua
Kembali setelah beberapa hari menghilangkan diri
Masih mahu beraya lagi
Setelah kembali ke UIA, barulah saya boleh meneruskan legasi diari ini. Saya akui, saya belum puas beraya sebenarnya. Masih terasa bahang Aidilfitri yang membahagiakan. Aduhai, jika bukan kerana komitmen kepada tugasan-tugasan yang diberikan, sudah tentu saya tidak mahu pulang lagi.
Adik-adik masih dirumah. Menghabiskan saki-baki cuti sekolah sebelum berjuang & bertempur demi peperiksaan. PMR serta SPM. Masih terasa lagi kegembiraan yang terkongsi. Gurau-gurauan, sakat-menyakat, aduhai semuanya membuatkan saya mengukir senyum. Semuanya saya pahatkan dalam hati, sekukuh-kukuhnya.
Saya tinggalkan semua ceritera Aidilfitri, bukan kerana bosan tapi kerana tidak sanggup membuatkan hati terkenang-kenang suasana bahagia itu di rumah. Saya kembali bertatih, mengejar perjalanan hidup seorang Tunku Scholar yang bukan mudah, bukan jua rumit cuma tuntutan keberanian serta komitmen itu tinggi.
Sebagai persiapan untuk perjumpaan rasmi pertama semua Tunku Scholars seluruh Malaysia pada 8 hingga 10 Oktober ini (BatchJuly 2010), kami diberi amanah untuk mencari serta memiliki sebuah buku yang istimewa berkenaan Tunku Abdul Rahman. Dalam emel yang dihantar oleh Dr. Tengku, terdapat dua buah buku yang harus dibaca berkenaan dengan reading assignment yang perlu diambil kira. Sebuah buku yang harus dibeli sendiri, dan sebuah lagi yang akan diberikan oleh pihak yayasan.

Usai mengambil buku dari yayasan, saya bergegas ke KLCC bagi mendapatkan buku yang lagi satu. Alhamdulillah, saya sempat membeli naskhah terakhir yang ada di kedai buku itu. Allah Maha Mengetahui. Dia jualah yang permudahkan jalan saya dalam menjejak Tunku.
Saya dalam proses membalut buku-buku tesebut. Barulah ada semangat nak membaca. Saya tanam semangat dalam diri, saya takkan pernah putus asa dalam mencari jejak Tunku yang ditinggalkan. Saya mahu mengenali beliau yang menjadi inspirasi saya dalam bergelar Tunku Scholar.

- 17 September 2010

- The Authorized Biography of Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, TUNKU His Life and Times by Mubin Sheppard. Yang telah dibeli oleh saya dengan harga RM 49.00 di Kinokuniya, KLCC pada hari ini.
- Prince Among Men, Recollections and Reflections on Tunku Abdul Rahman Putra edited by Prabhakaran S. Nair. Given to me by Yayasan Tunku Abdul Rahman at main office, Bangsar. Diserahkan oleh Encik Jamhari.
Usai mengambil buku dari yayasan, saya bergegas ke KLCC bagi mendapatkan buku yang lagi satu. Alhamdulillah, saya sempat membeli naskhah terakhir yang ada di kedai buku itu. Allah Maha Mengetahui. Dia jualah yang permudahkan jalan saya dalam menjejak Tunku.
Saya dalam proses membalut buku-buku tesebut. Barulah ada semangat nak membaca. Saya tanam semangat dalam diri, saya takkan pernah putus asa dalam mencari jejak Tunku yang ditinggalkan. Saya mahu mengenali beliau yang menjadi inspirasi saya dalam bergelar Tunku Scholar.

Esok ada kelas
Leadership & Management 8.00 pagi
Mode: Masih Mahu Beraya Lagi
Mode: Masih Mahu Beraya Lagi

0 comment:
Post a Comment