Thursday, September 2, 2010

Buat Syaira Aqilah & Safura Amanina

Salam Penuh Cinta & Kasih Sayang,
Salam Lebaran ,
(Eh, belum lagi lah)

*tersenyum dan tak sabar*


Oh saya terlalu teruja.
Baru pulang dari kedai beg tangan sebentar tadi. Saya terlalu gembira. Berpeluang membelikan beg tangan yang cantik-cantik untuk kedua-dua adik saya. Angah & Ina, jom raya sakan? Tak dapat saya gambarkan bagaimana perasaan saya sekarang. Terbayang-bayang kami sekeluarga kemas rumah, buat kuih raya, pasang lampu kelip-kelip, gantung frame gambar. Seronoknya begitu. Tapi saya harus sabar. Esok petang baru saya pulang. Bersama sS dia yang tersayang, A.B.S.A.B, berbuka puasa buat kesekian kalinya di rumah saya. Aduh, teruja bagai nak gila. Pergi kelas tanpa jiwa rasanya. Sudah tidak rasa apa-apa. Saya mahu pulang sahaja.

Saya menyusun beg-beg tangan yang saya belikan untuk adik-adik saya di atas katil. Sama seperti saya punya cuma warna berbeza, design butangnya berbeza. Dan saya punya agak lusuh kerana telah dipakai sejak sebulan yang lepas. Tapi cantik lagi tau. Boleh buat raya. *senyum & angguk*

Lantas tangan mencapai kamera. Snap gambar dengan penuh semangat. Berharap adik-adik akan suka.

Beg tangan saya dan adik-adik.


Beg tangan saya


Beg tangan Angah; Syaira Aqilah


Beg tangan ina; Safura Amanina

*betul-betul dah tak boleh sabar*
*nak balik jumpa ibu ayah*
*jumpa adik-adik*

0 comment: