Monday, September 27, 2010

Akan Saya Terus Berjalan, Tanpa Henti

Salam Rindu Buat Semua


Segugus doa buat sahabat yang sedang sakit,
saya mahu awak sembuh cepat ya =)

7 hari bermakna seminggu. Tiada berita apapun dari saya. Cuma ada jejak yang ditinggalkan dalam perjuangan tanpa sempadan, saya kehausan ilmu dan saya dahagakan pengetahuan. Benar, menuntut ilmu perkara indah, tak terbayang dek mata kasar.

Kadangkala saya menangis. Mengeluh kepenatan. Saya bertuankan tugasan dan assignment kah? Penatnya badan dan minda, hanya Dia yang tahu. Berbekalkan cebisan semangat yang Dia pinjamkan buat saya, cuma itu alasan yang membuatkan agar saya terus melangkah. Menghirup ilmu-Nya yang takkan pernah kering.


Hari ini saya sedikit gembira. Sebanyak 11 tugasan yang ada, cuma tinggal tiga sahaja yang masih belum selesai. Selebihnya sudah. Bibir saya tercarik senyum. Maha indah rasa ini. Apa inikah namanya puas? Sungguh, saya benar-benar rasa puas.

Esok pasti saya mahu tersenyum lagi. Baru hati mahu redha. Baru jasad tidak terpaksa. Meskipun banyak tugasan yang telah selesai, saya pasti, tugasan-tugasan baru akan datang tak lama lagi.

Benarlah, akan saya terus berjalan tanpa henti.

Serangan dugaan yang datang bertali arus pasti kadangkala melemahkan hidup. Manakan tidak, penatnya, tiada orang akan faham. Dan meski, tiada orang pun akan cuba faham. Malah yang lebih memenatkan apabila ada saja cubaan-cubaan dan anasir-anasir yang mengganggu-gugat aturan hidup. Saya jadi letih bila berhadapan dengan orang-orang seperti ini. Muak. Menghimpit saya dengan rasa mual. Sudah-sudahlah. Saya ada hidup saya dan awak ada hidup awak sendiri, jagalah hidup awak baik-baik dahulu.

Saya tidak cuba untuk meletakkan itu semua sebagai ancaman saya. Malah saya belajar sabar. Saya peroleh redha. Jika inilah harga yang saya perlu bayar demi sebuah kejayaan dunia dan akhirat, saya jadi akur. Dan meskipun saya seperti burung yang patah sayapnya, pasti tetap saya terbang. Walaupun saya tahu saya akan jatuh, saya tetap cuba.


Dan tetap, saya akan terus berjalan tanpa henti. Kerana perjuangan ini sangat-sangat bermakna buat saya. Akan lahir sebuah hadiah yang luar biasa buat ayah dan ibu saya. Itu janji saya.

Saya tahu jalan ini bukan mudah
Namun ini hakikat kejayaan
Bukan senang untuk senang
Dan bukan susah untuk susah

Segugus doa dan harapan
Buat saya untuk teman
Rakan seperjuangan Yang sedang berada di ICU
Melawan denggi yang menguji diri

Kau harus tabah temanku

Azreen Syah b Haron

Semoga cepat sihat
Kami tunggu kepulangan kamu

Bersama seperti biasa di dalam kelas

Bersama Berjuang Semula

Kami tunggu kamu


1 comment:

shamila said...

sheika, coincidence, kawan ain pun dekat ICU, virus kencing tikus, tak putus2 kami panjatkan doa, semoga teman sheika cepat sembuh, untuk dia ada dan terus masih bersama kita mewarnai hidup dan merasa indah persahabatan bersama.. sedih! betul~ :(